//Jar Of Hearts
Sejarah SK PESERAI
Saturday, 24 July 2010 @ 05:26 | 0 Heart [s]











Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Lelaki Peserai.Ia mula dibina pada tahun 1909 diatas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Tn. Hj.Abd.Wahid. Jumlah pelajarnya pada masa itu seramai 36 orang.Pada tahun 1920 bangunan baru beratap genting telah dibina untuk menggantikan bangunan lama. Pada tahun 1951 sebuah bangunan lagi telah dibina dan dinamakan Sekolah Perempuan Seri Kg Peserai digabungkan dibawah satu Pentadbiran, seorang guru besar dan dinamakan Sek.Keb.Peserai. Pada tahun 1976 bangunan baru setinggi 3 tingkat dibina. Ia terdiri daripada 12 buah bilik darjah, pejabat, kantin, tempat letak basikal dan padang. Pada 5hb.November 1980 bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Seri Dato Hj.Othman Saat iaitu Menteri Besar Johor ketika itu. Pada tahun 1983 bangunan telah ditambah, mengandungi 4 buah bilik darjah dibina dengan secara bergotong-royong. Memandangkan pertambahan murid begitu pesat serta kekurangan bilik darjah maka pada tahun 1995 persekolahan 2 sesi telah diadakan iaitu pagi (Tahun 1,4,5) dan petang (2 dan 3).Pada tahun 1998 bangunan baru 3 tingkat dibina dan mula digunakan pada tahun 2000. Mula,awal persekolahan tahun 2000 semua murid bersekolah dalam satu sesi pagi.Pada ketika itu jumlah murid telah bertambah seramai lebih 900.Pada ketika ini sekolah mempunyai 7 buah bangunan iaitu 5 buah bilik darjah,sebuah surau.Bangunan bilik darjah telah dinamakan semperna nama bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tuanku Abd,Rahman Putra Alhaj,Tun Abdul Razak,Tun Hussien Onn dan Dr.Mahadir.

Labels:



REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE
|


Hello! Welcome to my Hearts Wonderland.Please be an Angel while you're in here..THANK YOU!




DiaryAboutStuffSite