//Jar Of Hearts
Sambutan 100 TAHUN
Saturday, 31 July 2010 @ 22:20 | 0 Heart [s]

Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas,sekolah saya telah mengadakan SAMBUTAN 100 TAHUN.Pelbagai acara diadakan seperti mewarna,melabel,menaip,pakaian beragam dan banyak lagi.Pada Jumaat pagi,murid-murid membaca yaasin dan tahlil di kantin sekolah.Selepas itu,mereka dibenarkan makan.Saya dan kawan-kawan yang lain sibuk bersiap untuk persembahan kalam jamaie yang akan diadakan selepas makan.Kami membuat persembahan di hadapan VIP.Banyak jualan diadakan seperti kedai alat menjual mainan,jajan,air,ice-blended,baju dan alatan ict.Pada belah petang,pertandingan menaip,melabel dan meneka barang telah diadakan.Saya dan kawan-kawan(hidayah,amirah zulakha dan syaza)menyertai pertandingan menaip.Pada malam hari,kami membuat persembahan bahasa cina.Pada hari Sabtu,kami senam robik di tapak perhimpunan sekolah.Saya,zawanah dan amira menyertai pertandingan mewarna yang diadakan slepas acara pakaian beragam.Pertandingan mewarna diadakan selama 2 jam.Setelah itu,saya menyertai pertandingan futsal.Pada penyampaian hadiah,saya memenangi pertandingan mewarna(johan) dan menaip(ke 10).

Labels:



REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE
|


Hello! Welcome to my Hearts Wonderland.Please be an Angel while you're in here..THANK YOU!




DiaryAboutStuffSite